Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

KUALA LUMPUR – Keputusan syarikat konsesi lebuh raya yang bersetuju menangguhkan kenaikan kadar tol memahami objektif kerajaan dalam pelaksanaan inisiatif tersebut.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kesemua syarikat terbabit rata-ratanya memberi kerjasama demi membantu meringankan beban rakyat.

“Saya harap mereka faham apa ojektif sebenarnya kerajaan Madani berbuat demikian, untuk perniaaaan mungkin mereka tidak berapa suka kerana ditangguhkan kerana akan ganggu aliran tunai mereka, kita faham.

“Tidak boleh nafikan, tapi saya faham mereka, mengapa tindakan ini kerana mahu ringankan beban pengguna jalan raya dan satu perkara yang diperlukan bagi membantu terutama golongan B40 dan semua rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima SST Program Blackspot di ibu negara.

Tambahnya, kerajaan menghargai kerjasama semua pihak yang terlibat meskipun keputusan itu memberi kesan kepada aliran kewangan syarikat yang perlu membayar pinjaman bon dan sebagainya.

Semalam, Perdana Menteri mengumumkan penangguhan kenaikan tol supaya rakyat terus menikmati kadar tol yang sama yang melibatkan 10 tol.

Antaranya, Lebuhraya Senai-Desaru (SDE), Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) dan Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX). – MalaysiaGazett

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast