Wang tunai yang ditemui pada pegawai penguat kuasa di KLIA, semalam.

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai penguat kuasa telah ditahan di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi semalam kerana disyaki terlibat dalam kegiatan salah laku “setting counter”.

Dalam penahanan itu, sejumlah wang tunai RM8,391.45, tiga peranti komunikasi, dan beberapa catatan nombor pasport ditemui dalam simpanan pegawai tersebut, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS)

Penahanan dibuat kira-kira jam 9:20 pagi selepas Unit Pemantau dan Unit Integriti AKPS mengesan tindakan mencurigakan pegawai terbabit melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kaunter pemeriksaan masuk.

Hasil siasatan awal mendapati catatan yang ditemui mengandungi empat digit terakhir nombor pasport, yang dipercayai berkaitan dengan aktiviti mengatur laluan keluar masuk individu secara tidak sah.

Pegawai itu pada mulanya diserahkan kepada Unit Integriti AKPS KLIA untuk siasatan dalaman sebelum diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor untuk tindakan lanjut.

AKPS, katanya, memandang serius sebarang bentuk pelanggaran integriti, terutamanya yang melibatkan keselamatan pintu masuk negara, dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pegawai yang terlibat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast