Emmanuel Macron. Photo AFP

PARIS – Perancis akan mengiktiraf negara Palestin pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada September ini, kata Presiden Emmanuel Macron.

“Selaras dengan komitmen bersejarahnya terhadap keamanan yang berkekalan di Timur Tengah, saya memutuskan Perancis akan mengiktiraf negara Palestin.

“Saya akan mengumumkannya secara rasmi pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada September ini,” katanya menerusi platform X.

Menurut perangkaan AFP, sebanyak 142 negara termasuk Perancis, mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara walaupun Israel dan Amerika Syarikat menentang pengiktirafan tersebut.

Perancis merupakan kuasa besar Eropah yang mengiktiraf Palestin.

“Keutamaan segera hari ini ialah menamatkan peperangan di Gaza dan menyelamatkan populasi orang awam.

“Kita akhirnya mesti membina negara Palestin, memastikan daya maju dan kebolehannya dengan menerima pengurangan ketenteraan dan mengiktiraf Israel sepenuhnya untuk menyumbang kepada keamanan di Timur Tengah,” katanya. – AFP

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast