KUALA LUMPUR – Semua perkhidmatan pengangkutan awam di Kuala Lumpur takan beroperasi seperti biasa esok agar majoriti rakyat boleh menjalankan urusan hujung minggu tanpa diganggu oleh perhimpunan pembangkang.
Oleh itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menggalakkan para peserta perhimpunan esok untuk menggunakan pengangkutan awam supaya kesesakan lalu lintas di ibu kota dapat diminimakan.
Sehubungan itu, mereka yang akan datang ke ibu kota, jangan lupa Pas MY50 kini boleh diperbaharui secara atas talian melalui aplikasi Touch N’ Go.
Menurutnya, setiap pas bernilai RM150, pengguna hanya bayar RM50, kerajaan subsidikan RM100.
“Kerajaan Madani mempertahankan hak kebebasan berhimpun, termasuk mereka yang tidak sehaluan dengan Kerajaan. Kita tidak boleh kembali kepada zaman yang menindas demokrasi sehingga Parlimen pun ditutup,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Tambahnya, pengguna yang datang ke ibu kota buat pertama kali, boleh menikmati perkhidmatan LRT, MRT, BRT, Monorel dan RapidBas tanpa had untuk sehari menggunakan MyCity Pas yang harganya hanya RM6.
Pas ini akan kita digitalkan juga pada hujung tahun, ujar beliau. – MalaysiaGazette

Terdahulu, tular di media sosial berkenaan satu notis berkenaan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) yang dikatakan akan menutup stesen Bank Negara Malaysia (BNM).
Namun, menerusi Facebook, KTMB menafikan ada mengeluarkan sebarang arahan sedemikian.
Esok, satu Himpunan Turun Anwar akan diadakan di beberpa Lokasi di Kuala Lumpur melibatkan lima lokasi antaranya pusat membeli-belah SOGO, Masjid Jamek, Pasar Seni dan Dataran Merdeka.
Perhimpunan itu dijadualkan bermula kira-kira jam 2 petang. -MalaysiaGazette

















terbaik kerajaan Madani ..