Penganjur dalam kalangan pimpinan pembangkang berucap kepada peserta Himpunan Turun Anwar.

KUALA LUMPUR – Suasana di sekitar Masjid Jamek, di sini, semakin meriah apabila penganjur dalam kalangan pimpinan pembangkang mula berucap kepada peserta Himpunan Turun Anwar yang membanjiri kawasan berkenaan sejak pagi tadi.

Dalam ucapan itu, mereka mengingatkan peserta agar mematuhi arahan yang diberikan, khususnya oleh pihak polis, yang digambarkan sebagai rakan yang mahu memastikan keselamatan mereka sepanjang perhimpunan itu.

Penganjur turut mengingatkan supaya peserta tidak melakukan sebarang bentuk provokasi yang boleh mencetuskan insiden tidak diingini.

Pengamatan MalaysiaGazette di lokasi mendapati jumlah peserta semakin bertambah, dengan ramai di antaranya mengenakan baju hitam bertulis “Turun Anwar” serta membawa sepanduk bertema desakan seperti “Turun Segera” dan “Kos Sara Hidup Meningkat”.

Peserta Perhimpunan ‘Turun Anwar’ mula berkumpul di sekitar perkarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 26 JULAI 2025.

“Kita berkumpul di sini kerana mahu Anwar turun. Cukuplah. Anda juga yang ajar kami turun ke jalanan lakukan reformasi, kini masanya untuk kita lakukan perkara sama. Undur Anwar, undur segera!” laung salah seorang penganjur, disambut sorakan peserta.

Sesekali kedengaran laungan “takbir” dan “Allahuakbar” bergema menambah semangat kumpulan yang berhimpun.

Pada masa sama, anggota Unit Amal Pas dilihat mengkoordinasi pergerakan peserta, manakala Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersiap siaga di lokasi bagi memastikan keadaan terkawal sepanjang perhimpunan tersebut berlangsung. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. bodoh bodoh macam lembu mereka. itulah dia l
    orang Melayu. tuhan bagi akal tapi macam otak udang. tahi penuh di kepala. ini otak mereka kat bontot.

Comments are closed.