Abdul Rahman (tengah) bersama Noryana membuat bacaan Yasin, solat hajat dan solidariti sempena ulang tahun hari jadi Najib di Surau Langgak Duta Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Kelab Sahabat Najib 87 menyediakan satu petisyen rakyat memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong memberi pengampunan penuh kepada Datuk Seri Najib Razak.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Rahman Bakar berkata, petisyen ini dikemukakan bersempena genap tiga tahun bekas Perdana Menteri itu menjalani hukuman penjara pada 23 Ogos 2025.

Petisyen itu dibuat atas perkiraan Najib telah dianiaya dalam proses perundangan awal.

“Wujud keraguan munasabah terhadap ketelusan proses perbicaraan serta tekanan politik yang mempengaruhi keadilan sebenar,” katanya.

Kedua, penjelasan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli menyatakan Najib tidak diberikan hak pembelaan yang sewajarnya dan keadilan sebenar telah dinafikan kepada beliau.

Ketiga, Najib telah menjalani hampir 600 hari hukuman penjara walhal wujud titah adendum yang memberi perkenan agar beliau menjalani baki hukuman di rumah namun titah tersebut belum dilaksanakan.

“Sehubungan itu, kami hamba rakyat dengan segala rendah diri dan penuh harapan merafak sembah memohon perkenan Seri Paduka Baginda agar mempertimbangkan pengampunan penuh kepada Najib,” katanya.

Petition · PENGAMPUNAN DIRAJA SECARA PENUH KEPADA NAJIB RAZAK – Kuala Lumpur, Malaysia · Change.org

Sementara itu, pada 23 Julai lalu, Kelab Sahabat Najib 87 juga membuat bacaan Yasin, solat hajat dan solidariti sempena ulang tahun hari jadi Najib di Surau Langgak Duta Kuala Lumpur.

Turut hadir pada majlis itu adalah anak Najib, Nooryana Najwa. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast