Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli menegaskan adalah lebih bahaya tekanan yang dibuat oleh rakan sejawat berbanding kuasa eksekutif.
Beliau mendedahkan beberapa insiden mengenai tekanan yang dialami ketika berucap pada majlis perpisahan sempena persaraannya di hadapan rakan hakim, pegawai mahkamah dan tetamu kehormat di Kuching, pada Rabu.















