Foto: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

KUANTAN – Seorang penerjun cedera manakala dua lagi terselamat selepas tersasar dari lokasi pendaratan dalam acara BASE Jump Extreme Challenge bersempena dengan Pesta Kuantan 188, di sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Supt Mohd Adli Mat Daud berkata, dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, Zainal Chik, 62, mengalami kecederaan akibat terhempas di kawasan bersimen di pekarangan menara Kuantan 188.

“Penerjun itu telah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, di sini dan kini berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, seorang penerjun dari Australia Andrew Morcombe, 35, yang tersangkut di atas pokok dan peserta tempatan Manan Mahusin, 64, yang tersasar di kawasan sungai tidak mangalami sebarang kecederaan.

“Pihak penganjur dan petugas keselamatan telah mengambil tindakan pantas memberikan bantuan kepada peserta,” katanya.

Mohd Adli berkata, siasatan awal mendapati insiden berkenaan dipercayai berpunca daripada keadaan angin kencang dan faktor teknikal ketika proses pendaratan.

Acara itu merupakan sebahagian daripada aktiviti Pesta Kuantan 188 tahun ini dan melibatkan sebanyak 17 peserta dari dalam dan luar negara. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast