PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Polis menemukan mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang disyaki dibunuh sebelum ditanam di kawasan Rompin, Jempol di sini petang tadi.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat itu kira-kira 4.30 petang.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kanak-kanak berkenaan dilaporkan hilang di Taman Bukit Indah, Johor Bahru pada 24 Julai lepas dan kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 serta diklasifikasikan sebagai orang hilang.

“Susulan laporan kehilangan itu, Polis Kontinjen Johor menahan lelaki dipercayai ayah kandung mangsa, berusia 36 tahun kira-kira 12 tengah hari pada tarikh sama (24 Julai) di Johor Bahru sebelum membawa kepada penemuan mayat kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan, di sini, malam ini.

Beliau berkata, kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast