YouTube mengalami gangguan perkhidmatan di seluruh dunia pagi tadi.
Gambar hiasan

SYDNEY – Australia akan menggunakan undang-undang media sosial untuk melarang kanak-kanak di bawah 16 tahun daripada laman penstriman YouTube.

Menteri Komunikasi Anika Wells berkata, langkah tersebut untuk melindungi kanak-kanak daripada “algoritma pemangsa”.

“Kami mahu kanak-kanak mengetahui siapa mereka sebelum platform menganggap siapa mereka.

“Terdapat tempat untuk media sosial, tetapi tidak ada tempat untuk algoritma pemangsa yang menyasarkan kanak-kanak,” katanya dalam satu kenyataan.

Tahun lalu, Australia mengumumkan sedang merangka undang-undang yang akan melarang kanak-kanak daripada laman media sosial seperti Facebook, TikTok dan Instagram sehingga mereka mencapai umur 16 tahun.

Namun, sebelum ini, Kerajaan Australia menyatakan YouTube akan dikecualikan, memandangkan penggunaannya secara meluas dalam bilik darjah.

Jurucakap YouTube, salah satu laman web paling popular di dunia menyifatkan pengumuman terbaharu itu adalah pusingan U yang menggelegar.

“Kedudukan kami tetap jelas: YouTube ialah platform perkongsian video dengan perpustakaan kandungan percuma, berkualiti tinggi, semakin banyak ditonton di skrin TV. Ia bukan media sosial,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast