Enam anggota polis dibawa keluar selepas permohonan reman diluluskan di Mahkamah Majistret Temerloh hari ini

 

 

KUANTAN – Enam anggota polis direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes berkaitan rasuah bernilai RM12,000.

Kesemua mereka dipercayai meminta dan menerima rasuah kira-kira RM12,000 daripada seorang individu sebagai balasan tidak mengambil tindakan kesalahan memiliki air ketum.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Khamisah Ismail selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri Pahang di Mahkamah Majistret Temerloh pagi tadi.

Difahamkan, keenam-enam suspek lelaki berusia lingkungan 30 hingga 50-an itu telah ditahan kira-kira jam 9 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Temerloh.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Mohd Shukor Mahmud mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast