KUALA LUMPUR – SIRIM Berhad mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Indera Ir. Dr. Ahmad Sabirin Arshad berkuatkuasa hari ini.
SIRIM Berhad dalam kenyataan berkata, Ahmad Sabirin akan memegang peranan baharu di peringkat nasional.
Bagi memastikan kesinambungan dan kestabilan kepimpinan, Lembaga Pengarah melantik Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM Academy Sdn Bhd, Nik Sazali Nik Hussin Pemangku Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SIRIM, berkuat kuasa, esok 1 Ogos 2025.
Ahmad Sabirin dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan tersebut pada 1 April 2021.
Di bawah kepimpinannya, SIRIM Berhad telah menyaksikan kemajuan ketara dalam inovasi industri, kecemerlangan penyelidikan dan pertumbuhan institusi. -MalaysiaGazette















