FADHLINA Sidek ketika menyantuni pelajar SMKA Lati, Pasir Mas, Kelantan. - Foto: FB Fadhlina Sidek

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) sedang giat melaksanakan agenda ‘Reformasi Sekolah’ bertujuan meningkatkan prestasi sekolah.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, agenda itu turut memberi tumpuan kepada aspek pembentukan sahsiah murid dan kesejahteraan.

Jelas beliau, ia menuntut komitmen tidak berbelah bahagi seluruh jajaran dalam ekosistem pendidikan termasuk pihak sekolah, pejabat pendidikan daerah, jabatan pendidikan negeri, ibu bapa dan masyarakat.

Terdahulu, menerusi laman sosial Facebooknya, Fadhlina berkongsi program turun padang beliau ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati, Pasir Mas, Kelantan semalam.

FADHLINA Sidek ketika menyantuni pelajar SMKA Lati, Pasir Mas, Kelantan. – Foto: FB Fadhlina Sidek

Menurutnya, beliau tiba di sekolah itu ketika para pelajar dan guru sedang bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah.

“Ada yang sedang menyapu di koridor, mencuci tingkap dan menceriakan persekitaran sekolah.

“Semuanya dilakukan bersama-sama dengan penuh rasa tanggungjawab dan cinta akan sekolah,” katanya.

Tambah Fadhlina, walaupun kebelakangan ini rakyat terkesan dengan beberapa isu terkait pendidikan, namun terlalu banyak perkara baik yang perlu dihargai dan diraikan.

Program gotong-royong di SMKA Lati itu misalnya, jelas beliau, mungkin nampak kecil tetapi jika dilaksanakan dengan bersungguh-sugguh impaknya signifikan kepada pengukuhan ekosistem sekolah yang baik.

“Sebelum pulang, saya sampaikan mesej penting kepada anak-anak, guru dan pentadbir sekolah di SMKA Lati – jangan sekali-kali berkompromi dengan salah laku buli!

“Ia perlu diperangi habis-habisan dan dinoktahkan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast