Stadium Darul Makmur kini bersedia menjadi tuan rumah kepada acara-acara sukan bertaraf antarabangsa, seterusnya menjadikan Pahang sebagai destinasi utama dalam kalendar sukan negara dan serantau.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, secara tidak langsung ia akan memberi impak positif kepada ekonomi tempatan, khususnya sektor sukan pelancongan, perhotelan, makanan dan perkhidmatan di negeri ini.














