Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir. -Foto: SUMBER MEDIA SOSIAL

KUALA LUMPUR – Peguam kepada keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir berharap Perdana Menteri menasihati Peguam Negara (AG) agar mengembalikan semula siasatan kes berkenaan kepada polis.

Hamid Ismail dan Shahlan Jufri juga berharap Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju supaya cadangan membuat bedah siasat dan inkues seberapa segera.

BACA: Kes kematian Zara Qairina dapat perhatian Anwar

Ia bagi menentukan punca sebenar kematian Zara dan sekiranya wujud unsur-unsur jenayah dalam kematiannya.

Kedua-dua peguam berkenaan juga menyatakan polis tidak pernah mengambil atau memohon daripada anak guamnya untuk mendapatkan semua pakaian dan barang mangsa bagi tujuan siasatan.

“Kami sangat terkejut dengan perkara itu kerana sepanjang pengalaman kami melakukan kes-kes perbicaraan jenayah di mahkamah, pihak polis akan merampas semua item yang dipakai oleh mangsa yang disyaki mati akibat apa-apa Tindakan jenayah bagi tujuan siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut mereka, semua pakaian dan barang mangsa merupakan bahan bukti penting yang sewajarnya diperiksa dan dianalisis secara forensik bagi menentukan kematian Zara melibatkan unsur-unsur jenayah atau tidak.

Kegagalan polis berbuat demikian, dakwa mereka menimbulkan tanda tanya serius sama ada siasatan mereka hanya fokus ke arah mati mengejut atau bunuh diri sahaja sedangkan ibu Zara telah memfailkan beberapa laporan polis memohon siasatan berkenaan kematian anaknya yang mempunyai unsur-unsur jenayah.

“Oleh itu, kami berpendapat kertas siasatan yang telah dihantar ke Jabatan Peguam Negara adalah tidak lengkap, tidak menyeluruh an mempunyai fokus yang sangat kecil. Apatah lagi, tidak ada bedah siasat dilakukan terhadap jenazah Zara sebelum pengebumiannya,” kata mereka.

Zara Qairina ditemui kira-kira 3 pagi pada 16 Julai lalu dalam keadaan parah di bawah bangunan asrama sebelum dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I untuk rawatan lanjut.

Mangsa disahkan meninggal dunia pukul 1 tengah hari, keesokan harinya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Keluarga mohon kubur Zara Qairina digali semula, cari punca sebenar kematian

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast