JOHOR BAHRU – Komisioner Ab Rahaman Arsad sebagai Ketua Polis Johor yang baharu akan menerapkan prinsip The G.R.E.A.T. untuk dipraktikkan lebih 10,400 anggota dan pegawai polis Kontinjen Johor.
Jelas beliau yang dilantik hari ini berkata, prinsip tersebut adalah bagi membentuk jati diri dan meningkatkan perkhidmatan polis Johor dalam melaksana tanggungjawab.
“Prinsip ini adalah untuk menjadi The Great Police Personnel. G mewakili Good Governen ataupun takbir urus yang baik.
“R adalah responsible iaitu kebertanggungjawapan manakala
E pula Empathy iaitu ehsan. A pula Accountability atau kebertanggungjawapan.
“Sementara T adalah Tendency of Purpose ataupun fokus kepada matlamat. The G.R.E.A.T. itu akan saya cuba apply dalam polis di Kontinjen Johor,” katanya.
Terdahulu beliau menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Polis Johor yang ke-67 di Dewan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini.
Majlis itu sisaksikan Pengarah Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid.
Bekas Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan), Jabatan Pengurusan Bukit Aman itu mengambil alih jawatan tertinggi polis Kontinjen Johor itu daripada Datuk M Kumar.
Kumar, 56, yang memegang jawatan Ketua Polis Johor sejak 24 Januari 2024 bakal menjawat jawatan baharu sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Mengulas lanjut, Ab Rahaman, 58, berkata, Johor adalah sebuah negeri yang perlu diberi perhatian kerana merupakan pintu masuk di kawasan selatan Semenanjung.
Beliau mengakui banyak cabaran yang bakal menanti kerana bukan sahaja berjiran dengan Singapura dan Indonesia tetapi mempunyai kepentingan daripada segi sosial, ekonomi, politik serta keselamatan.
Bagaimanapun katanya, beliau sentiasa bersedia dan akan memberi perkhidmatan dan tugas-tugas kepolisian yang terbaik dengan kerjasama pelbagai pihak. – MalaysiaGazette
















