Suspek berusia 35 tahun dipercayai cuba melarikan dii menggunakan sebuah kenderaan pikap namun berjaya diberkas polis ketika Op Cegah Jenayah di Temerloh pagi tadi

TEMERLOH – Polis menahan seorang lelaki dipercayai penagih dadah dan berjaya merampas peralatan curi kabel komunikasi dan kenderaan di sini, hari ini.

Ketua Polis Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata suspek berusia 35 tahun itu memilik 44 rekod jenayah lampau berjaya ditahan polis semasa Op Cegah Jenayah dijalankan.

”Ketika operasi polis melihat kenderaan suspek dalam keadaan mencurigakan di hadapan sebuah premis kedai di alamat Jalan Tengku Ismail di Temerloh pada jam 10.35 pagi.

”Setelah polis memperkenalkan diri, lelaki tersebut cuba melarikan diri dengan memandu kenderaan pikap secara melulu sehingga melanggar tebing jalan lalu terbabas ke seberang jalan dan berhenti di persimpangan lampu isyarat,” katanya.

Bagaimanapun suspek berjaya diberkas polis dan berlaku pergelutan bersama lelaki berkenaan.

Pemeriksaan lanjut terhadap lelaki berkenaan mempunyai dua rekod lampau dikehendaki (wanted person) bersabit.

”Polis menangkap lelaki tersebut dan rampas kesemua barang kerana suspek telah menghalang penjawat awam semasa melakukan tugas pemeriksaan, selain memiliki peralatan mencuri kabel serta memiliki pil dan serbuk dipercayai dadah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambah Mazlan hasil pemeriksaan menjumpai sejumlah dadah jenis syabu dan pil Yaba serta polis menemui beberapa peralatan curi kabel komunikasi di belakang muatan bonet.

Pemeriksaan lanjut pada nombor casis dan enjin mendapati kenderaan pacuan empat roda yang dipandu suspek merupakan kenderaan disenarai hitam sebagai kenderaan curi bersabit di Kota Bharu.

Hasil soal siasat mendapati suspek mengaku terlibat dalam kes curi kabel di Kuala Lumpur, Selangor, Jerantut, Maran pada bulan Ferbruari tahun ini.

Dalam perkembangan sama, hasil ujian saringan terhadap suspek mendapati sah postif dadah jenis Methamphetamine. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast