Logo Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM), Bank Indonesia (BI) dan Bank of Thailand (BOT) mengumumkan pelantikan lebih banyak bank perdagangan yang layak untuk mengoperasikan Rangka Kerja Transaksi Mata Wang Tempatan (Local Currency Transaction Framework, LCTF).

Bank-bank yang layak itu dikenali sebagai Appointed Cross-Currency Dealers (ACCD).

Ketiga-tiga bank pusat itu dalam kenyataan bersama menjelaskan, ACCD akan memudahkan penyelesaian perdagangan dan pelaburan rentas sempadan antara ketiga-tiga negara.

Inisiatif tersebut katanya, merupakan susulan kepada beberapa penambahbaikan LCTF yang diumumkan pada 17 Februari 2025.

“Rangkaian ACCD yang diperluas ini akan memperkukuh capaian kepada pelanggan, meningkatkan akses pasaran kepada mudah tunai mata wang tempatan serta memberikan pilihan yang lebih baik kepada perniagaan untuk melakukan transaksi rentas sempadan antara Malaysia, Indonesia dan Thailand,” kata BNM, BI dan BOT.

Menurut kenyataan itu, BNM, BI dan BOT akan terus menyokong pertumbuhan perdagangan dan pelaburan melalui kerjasama kewangan yang lebih erat menerusi LCTF ini.

Bank-bank yang baru dilantik disenaraikan di bawah:

LCTF MYR-IDR
Institusi Perbankan Malaysia

AmBank (M) Berhad

Bank of China (Malaysia) Berhad

OCBC Bank Malaysia Berhad

Standard Chartered Bank Malaysia Berhad

Sumitomo Mitsui Banking Corporation Malaysia Berhad

Institusi Perbankan Indonesia

PT Bank Danamon Indonesia Tbk

PT Bank OCBC NISP Tbk

PT Bank Pembangunan Daerah Jawa Timur Tbk

Bank of China (Hong Kong) Limited Jakarta Branch

 

LCTF MYR-THB
Institusi Perbankan Malaysia

AmBank (M) Berhad

Bank of China (Malaysia) Berhad

Hong Leong Bank Berhad

OCBC Bank Malaysia Berhad

Sumitomo Mitsui Banking Corporation Malaysia Berhad

Institusi Perbankan Thailand

Bank of China (Thai) Public Company Limited

 

LCTF IDR-THB
Institusi Perbankan Indonesia

PT Bank OCBC NISP Tbk

Bank of China (Hong Kong) Limited Jakarta Branch

Institusi Perbankan Thailand

Bank of China (Thai) Public Company Limited

 

Senarai lengkap ACCD yang dilantik bawah LCTF MYR-IDR dan MYR-THB adalah seperti yang berikut: https://bnm.gov.my/accds-list-bm. 

-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast