Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berucap pada Majlis Perasmian National Tax Conference 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 05 OGOS 2025

KUALA LUMPUR – Hasil kutipan cukai kekal sebagai tonggak utama pembangunan negara selain sumber kewangan dan pemangkin kemajuan untuk rakyat, kata Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Menteri Kewangan II berkata, inisiatif itu selaras dengan aspirasi kerajaan untuk memperkasa perkhidmatan awam dan merealisasikan pelbagai strategi seperti yang telah digariskan dalam Belanjawan 2025.

“Pada masa yang sama, usaha untuk meningkatkan kutipan hasil tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai memenuhi sasaran fiskal.

“Tetapi ianya mencerminkan misi yang lebih besar iaitu untuk memperkukuh keupayaan negara dalam menaik taraf infrastruktur, pendidikan, kesihatan, perlindungan sosial dan kesejahteraan setiap rakyat Malaysia,” katanya ketika berucap pada Persidangan Percukaian Kebangsaan (NTC) 2025 di sini hari ini.

Bertemakan Fostering Tax Compliance, Building Economic Resilience, persidangan itu berjaya menghimpunkan hampir 1,800 orang peserta yang terdiri daripada pengamal percukaian, ahli badan profesional dan akademik seluruh negara.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan diiring Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Abu Tariq Jamaluddin dan Presiden Institut Cukai Bertauliah Malaysia, Soh Lian Seng merasmikan National Tax Conference 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 05 OGOS 2025

Sebagai rekod, lebih 36,000 peserta telah menyertai NTC sepanjang 25 tahun tempoh penganjurannya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif HASiL, Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin berkata, penganjuran NTC dilihat sebagai platform strategik dalam membentuk masa depan ekosistem percukaian negara.

Terkini katanya, HASiL telah mempergiatkan promosi e-Invois secara meluas, pelaksanaan Sistem Taksir Sendiri (STS) bagi Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) dan Duti Setem serta Cukai Minimum Global (GMT) ke arah sistem percukaian yang lebih telus, adil dan mampan.

“Semoga penganjuran NTC 2025 akan terus menyumbang secara signifikan ke arah pematuhan cukai yang lebih menyeluruh dan beretika serta menjadi wadah strategik dalam memperluas literasi percukaian.

“Ia juga bagi memperkukuh kerjasama antara pihak berkepentingan sekali gus mewujudkan landskap percukaian yang progresif, adil dan mampan,” katanya. – MalaysiaGazette

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan diiring Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Abu Tariq Jamaluddin dan Presiden Institut Cukai Bertauliah Malaysia, Soh Lian Seng merasmikan National Tax Conference 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 05 OGOS 2025

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast