Polis mohon bantuan kesan Khairul Amir Ismail

BENTONG – Polis memohon kerjasama orang ramai mengesan Khairul Amir Ismail, 25 yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Taman Saga, di sini sejak 1 Ogos lepas.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima laporan dibuat ibu mangsa kira-kira jam 5.38 petang tadi.

“Khairul Amir berkulit warna coklat dengan ketinggian 165 sentimeter dan berat lingkungan kira-kira 55 kilogram hingga 60 kilogram kali terakhir dilihat berbaju kemeja T berwarna hitam dan berseluar panjang warna hitam,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu,  Zaiham memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan Khairul untuk tampil ke mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2231999 untuk menyalurkan maklumat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast