Gari
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Tiga beradik perempuan ditahan kerana berbelanja menggunakan kad debit orang lain yang tercicir dalam kejadian di Lahad Datu, Sabah hari ini.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, ketiga-tiga wanita wanita berkenaan menggunakan kad debit yang ditemui mereka untuk membuat pembelian di beberapa pusat membeli-belah di sekitar bandar.

“Pihak kami menerima laporan daripada pemilik kad selepas menyedari kad debitnya telah hilang.

“Pihak bank pengeluar kemudiannya mengesan beberapa transaksi menggunakan kaedah payWave, yang membawa kepada penahanan ketiga-tiga wanita terbabit,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut ACP Dzulbaharin, ketiga-tiga wanita tersebut disiasat di bawah Akta Jenayah Komputer 1997 atas kesalahan mengakses bahan komputer tanpa kebenaran.

Dalam kes berasingan, dua individu ditahan kerana memberikan maklumat palsu dalam permohonan MyKad di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sandakan pada Isnin, 4 Ogos lallu.

Menurut JPN Sandakan, tangkapan pertama melibatkan seorang wanita yang disyaki memberikan maklumat palsu sebagai penjamin dalam satu permohonan.

Tangkapan kedua pula melibatkan seorang lelaki warga Indonesia di premis sama yang didakwa menggunakan sijil kelahiran milik orang lain sebagai miliknya untuk memohon kad pengenalan Malaysia.

Kedua-dua suspek sedang disiasat di bawah Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast