Seorang lelaki warga asing maut dalam kemalangan dua motosikal di Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, Kota Tinggi malam tadi.

KOTA TINGGI – Seorang lelaki maut manakala seorang lagi parah selepas terlibat kemalangan dua motosikal di Kilometer 33.5 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi  di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Yuosf Othman berkata, kemalangan berlaku pukul 11 malam melibatkan motosikal jenis Modenas CT merah dan Yamaha LC135 biru.

“Kemalangan berlaku apabila Yamaha LC135 dari arah Sungai Rengit ke Kota Tinggi hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang Modenas CT di laluan sama.

“Akibatnya penunggang Modenas CT iaitu seorang lelaki warga Indonesia mengalami kecederaan parah di pelbagai bahagian badan dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Penunggang Yamaha LC135 pula iaitu seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun cedera parah di kepala dan menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi.

Beliau berkata, kes masih disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika sabit kesalahan boleh dipenjara lima hingga 10 tahun, denda antara RM20,000 hingga RM50,000 dan hilang kelayakan memegang lesen memandu lima tahun.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast