Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hassan

KUALA LUMPR – Terdapat usaha mewujudkan perdamaian kekal dengan cara menubuhkan negara Palestin seperti diusulkan  The Hague Group namun Malaysia kurang selesa dengan prasyarat-yang ditetapkan.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, meskipun Malaysia bersetuju Palestin berhak menjadi sebuah negara merdeka tanpa perlu ditindas oleh rejim zionis namun perlu berhati-hati dengan prasyarat yang disifatkannya tidak selaras dengan dasar luar negara Malaysia.

“Tetapi Malaysia berhati-hati dalam usaha ini kerana ada prasyarat-prasyarat yang kita sendiri kurang selesa untuk kita sama-sama memperakukan dokumen hasil yang dikeluarkan oleh negara-negara yang telah bersetuju.

“Kita bersetuju dengan negara Palestin yang merdeka dapat ditubuhkan segera tetapi kita kurang selesa dengan prasyarat-prasyarat yang diadakan kerana ada banyak perkara yang tidak selaras dengan dasar luar negara Malaysia,”katanya ketika Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Mohamad, Malaysia dalam The Hague Group menegaskan, pendirian supaya gencatan senjata kekal dilaksanakan terhadap Palestin dalam masa yang sama tindakan mengusir rakyat Gaza dihentikan sekaligus mencapai keamanan.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Ahmad Tarmizi Sulaiman (Sik-PN) yang meminta Kementerian Luar Negeri menyatakan langkah-langkah yang sedang diambil oleh kerajaan Malaysia untuk mendesak komuniti antarabangsa, khususnya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar menghentikan serangan berterusan rejim Zionis ke atas Gaza.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, Malaysia berpendirian reformasi perlu dilakukan dalam Majlis Kebangsaan Pertubuhan Mangsa-Bangsa Bersatu untuk mengurangkan had kuasa veto dalam kalangan rakan sekutu Israel.

Katanya, perkara berkenan sedang dibincangkan antara Malaysia dengan negara-negara yang menyokong perjuangan dan penderitaan Palestin yang sekian lama dikejami oleh rejim zionis.

“Asakan kepada PBB ini memang kita lakukan kita merasakan bahawa adalah sesuatu yang perlu dilakukan terhadap struktur dan organisasi Majlis Keselamatan PBB kerana lima negara wakil tetap mempunyai kuasa veto dan apabila isu berkenaan negara Palestin yang (berhak dapat) merdeka, isu mengutuk rejim zionis yang kejam membunuh orang Palestin dan di Tebing Barat, semuanya diveto oleh sekutu mereka.

“Bahawa kuasa veto Majlis Anggota tetap ini, perlu dihadkan tidak boleh digunakan untuk apa juga sebarang bentuk yang berbentuk jenayah kemanusiaan, kekejaman dan pemusnahan struktur awam.

“Memang kita tahu susah tapi kita berusaha supaya anggota Majlis Keselamatan PBBB itu ditambah, daripada benua Amerika Selatan, Afrika supaya kita ada wakil tetap daripada benua-benua. Ini yang sedang kami dan kita akan lakukan,” tambahnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast