Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) memaklumkan pihaknya tidak menyedia atau menguruskan perkhidmatan pengasuh (caregiver) untuk pesakit.

Proses pengambilan caregiver telah dikendalikan secara persendirian oleh ahli keluarga pesakit sendiri, katanya dalam kenyataan.

Pihaknya juga maklum mengenai kehadiran beberapa individu atau caregiver warga asing di fasiliti kesihatannya.

JKNJ berkata demikian mengulas laporan portal ini berhubung dakwaan ada caregiver yang dimonopoli warga asing tanpa dokumen perjalanan dan tidak mempunyai kelayakan bertugas di hospital-hospital kerajaan di negeri itu.

“Setakat ini, skop tugasan caregiver warga asing tersebut terhad kepada aspek penjagaan asas dan sokongan harian pesakit. Mereka tidak terlibat dalam sebarang tugasan klinikal, prosedur perubatan atau rawatan kesihatan yang memerlukan kelayakan profesional perubatan,” kata kenyataan yang sama.

Pihaknya sentiasa menitikberatkan spek keselamatan, pematuhan undang-undang dan penjagaan kesihatan berkualiti.

“Kami sentiasa memastikan semua pihak yang berada di dalam premis hospital mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa,” kata JKNJ. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Ada PATI tanpa kelayakan jadi pengasuh di hospital Johor

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast