KUALA LUMPUR – Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) di bawah kendalian Pas diakui menawarkan gaji yang rendah namun terdapat imbuhan lain diberikan termasuk mengajar Iqra dan lain-lain.
Ahli Parlimen Bachok, Mohd. Syahir Che Sulaiman berkata, guru Pasti juga bekerja dalam satu tempoh yang singkat iaitu hanya selama empat jam.
“Mereka bekerja empat jam, amat singkat dan sebenarnya banyak Pasti tampung dengan imbuhan lain seperti Iqra dan seumpamanya,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.
Sebelum itu, Nik Nazmi berkata, kadar gaji guru Pasti antara RM600 hingga RM700 sebulan bukan tidak menepati perintah gaji minimum dan melanggar Akta Majlis Perundingan Gaji Negara.
Menurutnya, berdasarkan statistik terbaru pada 2024, terdapat 2,497 Pasti di seluruh negara membabitkan 9,979 guru dan 125,065 pelajar.
Sehubungan itu, beliau mempersoalkan alasan Pas iaitu gaji rendah tersebut kerana guru Pasti bekerja secara sukarela.
Sementara itu, Mohd. Syahir berkata, Pasti tidak menggunakan dana cukai rakyat berbanding Kemas, prasekolah Kementerian Pendidikan (KPM) dan Tabika Perpaduan yang membantu mengurangkan beban fiskal kerajaan. – MalaysiaGazette
















