Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dengan hujan lebat serta angin kencang yang dijangka melanda tujuh negeri sehingga jam 12 tengah hari ini.

Cuaca buruk itu dijangka melanda seluruh negeri Perlis dan beberapa daerah di Kedah iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Bandar Baharu.

Di Pahang, hujan lebat diramalkan berlaku di kawasan Cameron Highlands.

Sementara itu, Johor turut diramal mengalami hujan lebat pagi ini membabitkan kawasan Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Di Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Bintulu (Bintulu) dan Miri (Subis, Miri dan Marudi). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast