ACP Mohd Azam Ismail

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 39 tahun ditahan kerana didapati mencuri coklat bernilai RM39 di sebuah pasar raya di Spectrum Ampang, dekat Ampang Jaya, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihak mengerahkan unit peronda polis (MPV) ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat daripada kakitangan pasar raya berkenaan kira-kira pukul 12.30 tengahari.

Menurut beliau, setibanya di lokasi, anggota bertugas berjumpa dengan pengadu seorang lelaki tempatan yang kemudiannya menyerahkan suspek selepas dicekup pekerja pasar raya.

“Anggota bertugas memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dengan menunjukkan kad kuasa dan meminta suspek menunjukkan dokumen pengenalan diri untuk tujuan pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan ke atas tubuh badan suspek, tidak mempunyai apa-apa barang salah  dan merampas barangan curi berupa coklat terbabit,” katanya.

Beliau berkata, suspek ditahan di lokap Balai Polis Ampang untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut 380 Kanun Keseksaan kerana curi dalam bangunan,” katanya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast