KUANTAN – Briged Tenggara PGA membanteras kegiatan penyimpanan barang kawalan bersubsidi tanpa lesen bernilai RM1.03 juta dalam sebuan Op Taring Bravo 3.
Menerut satu kenyataan, serbuan pada jam 4.30 petang itu dilakukan ke atas sebuah premis di Kawasan Perindutrian Tempoyang, Mukim Kuala Lipis, pada 11 Ogos lalu.
Hasil pemeriksaan mendapati premis berkenaan beroperasi dengan menyimpan gas bersubsidi dan gas industri tanpa lesen yang sah dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
“Sebanyak 679 unit tong berisi gas pelbagai jenama dan berat serta 6155 unit tong gas kosong berada dalam premis tersebut.
“Penjaga premis seorang lelaki Melayu berumur 41 tahun ditahan dan kesemua tong gas termasuk kenderaan, forklift dan sangkar besi simpanan gas di dalam premis disita.
“Anggaran rampasan keseluruhan bernilai RM 1.03 juta dan diserahkan kepada KPDN Pahang untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Kes disiasat dibawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. – MalaysiaGazette
















