Seorang penghantar barang kiriman atas talian ditangkap khalwat dengan seorang wanita di sebuah hotel di Batu Pahat, malam tadi.

BATU PAHAT – Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menangkap seorang penghantar barang yang berkhalwat dengan seorang wanita dalam bilik hotel di bandar ini malam tadi.

JAINJ dalam satu kenyataan memberitahu, ketika pemeriksaan dilakukan anggota penguat kuasa pukul 12.30 tengah malam mendapati seorang wanita sedang berselimut atas katil selepas pintu dibuka oleh lelaki tersebut.

“Selepas pemeriksaan dilakukan hanya mereka berdua yang ada dalam bilik hotel tersebut dan gagal menunjukkan bukti sudah mempunyai sebarang ikatan perkahwinan.

“Bersandarkan penemuan beg besar yang penuh dengan barang kiriman atas talian, lelaki berkenaan memberi alasan kononnya berhenti sekejap untuk berehat dan menumpang tandas.

“Keadaan itu dilakukan berikutan sudah kepenatan selepas meronda hampir seluruh kawasan bandar Batu Pahat untuk menghantar barang-barang sejak dari awal pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut JAINJ, susulan tangkapan ke atas pasangan lingkungan usia 20 tahun itu, mereka berdua boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast