Naazron Abdul Yusof.

KUALA LUMPUR – Polis menahan tiga individu, termasuk pengawal keselamatan yang mendakwa menjumpai seorang bayi perempuan baru lahir dalam kotak berhampiran sebuah stesen minyak di Batu 14, Hulu Langat pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Naazron Abd Yusof berkata, kesemua suspek warga tempatan yang ditahan berusia 16 hingga 39 tahun sekitar jam 5.35 petang pada Selasa.

“Suspek yang juga pengadu berusia 29 tahun membuat laporan
penemuan bayi kurang seminggu itu di dalam sebuah kotak berhampiran bangunan kedai di stesen minyak kawasan itu sekitar jam 1.56 pagi.

“Bagaimanapun, bayi berkenaan ditemui dalam keadaan masih bernyawa dan sihat, sebelum dihantar ke hospital untuk pemantauan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Naazron, hasil siasatan mendapati laporan yang dibuat itu adalah rekaan untuk menyembunyikan kelahiran selepas suspek berpakat dengan rakannya yang bekerja sebagai penghantar barang.

“Semakan mendapati, suspek berusia 39 tahun disyaki melakukan sumbang mahram dengan anak kandungnya yang tidak bersekolah, berumur 16 tahun sehingga melahirkan anak.

“Pemeriksaan mendapati, dua suspek lelaki masing-masing memiliki dua rekod lampau melibatkan dadah dan jenayah,” ujarnya.

Susulan itu katanya, dua suspek direman sehari dan enam hari manakala remaja perempyan diberikan jaminan polis dan kini berada di hospital bagi tujuan pemeriksaan dan rawatan lanjut.

“Siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi mana-mana balai berdekatan atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes, Insp. Mohd Hizwan Hamzah di talian 019-6369835 bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast