Wakil LFL menunjukkan kad pelekat penggunaan perkataan “Zionist” yang dikatakan menyebabkan berlaku pertikaman lidah pada perhimpunan tersebut.

KEPALA BATAS – Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty (LFL), Zaid Malek mempertahankan penggunaan perkataan ‘zionis’ pada kad pelekat yang ditunjukkan kepada kumpulan Pergerakan Pemuda UMNO dan Bersatu semasa perhimpunan simbol perpaduan mengibarkan Jalur Gemilang di hadapan sebuah kedai perkakasan di Taman Bertam Permata di sini hari ini.

Menurutnya, istilah itu digunakan kerana beliau percaya pemilik kedai perkakasan terbabit ditindas susulan perhimpunan besar-besaran yang diketuai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh di premis tersebut.

“Saya nak jelaskan di sini, penggunaan perkataan ‘zionis’ adalah kerana apa yang berlaku pada hari ini adalah bentuk penindasan terhadap pemilik kedai itu.

Zaid.

“Dia seorang individu biasa tapi berdepan tekanan daripada tiga parti politik Melayu-Islam terbesar di negara ini.

“Dia sudah pun memohon maaf sebelum ditangkap namun masih dijadikan sasaran. Itu adalah bentuk kuasa yang memangsakan pihak yang lemah,” katanya kepada pemberita di lokasi hari ini.

Terdahulu, berlaku pertikaman lidah antara Zaid dan kumpulan peserta perhimpunan selepas beliau bersama kumpulannya menunjukkan kad pelekat bertulis “Jangan bersikap Zionist” kepada barisan Pemuda UMNO dan Bersatu yang hadir.

Bagaimanapun, keadaan terkawal selepas wakil perhimpunan mengadakan perbincangan dengan Zaid.

Mengulas mengenainya, Zaid berkata, tindakan membawa ratusan penyokong ke kedai tersebut telah menyebabkan pemilik berkenaan ketakutan dan tidak diberi ruang untuk bersuara mempertahankan diri.

“Ini bukan soal bendera semata-mata tetapi soal memberi tekanan yang tidak wajar. Ia mencetuskan suasana tegang sehingga memerlukan kawalan polis dan FRU,” katanya.

Media terdahulu melaporkan, lebih 500 anak muda daripada Pemuda UMNO, Armada Bersatu dan Pas hari ini, berarak bersama mengibarkan Jalur Gemilang sejauh 1.4 kilometer sebagai simbol perpaduan mempertahankan maruah bendera negara. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Lebih 500 pemuda parti politik berarak pertahan Jalur Gemilang di Bertam

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Bangang tak da simpan lgsg. Nk publisiti pun hagak2 la. Org hina negara pun kau nak backup kaw kaw. Masa kau p berhimpun dgn peguam2 ritu xda pulak kau meroyan buli org.

  2. Dah buat salah blh lepas dengan meminta maaf je kaaa? Tak perlu dikenakan tindakan?? Lawyer bangang..lepas ni ramai lah penjenayah yg dah bunuh org, minta maaf selesai kes..lawyer tp undang2 pun paling bangang.. standard lawyer Malaysia

    • pemuda UMNO Terengganu pun buat salah pasal bendera…. kau tak melalak pulak … mintak maaf ok ja…. kes terbaru pulak tu …

Comments are closed.