Amir Hamdan

 

KUALA LUMPUR – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengumumkan pelantikan rasmi Amir Hamdan sebagai Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (PGCEO), berkuatkuasa 15 Ogos 2025.

Pelantikan ini menyusuli pengumuman pada 1 Julai 2025 mengenai pelantikan beliau sebagai Pemangku PGCEO, sejajar dengan komitmen Prasarana dalam memastikan
kesinambungan kepimpinan dan kelangsungan operasi syarikat dalam menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang selamat, cekap dan berdaya saing.

Pengerusi Prasarana Tan Sri Mohd Nasir Ahmad berkata, pelantikan rasmi Amir Hamdan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana adalah
hasil daripada prestasi cemerlang dan sumbangan signifikan beliau sejak menyertai Prasarana.

Menurutnya, kepimpinan beliau yang tenang, berwibawa dan berteraskan Budaya Tatakerja syarikat telah membuktikan kemampuannya untuk membawa Kumpulan Prasarana ke hadapan.

Pihak Lembaga Pengarah yakin  beliau akan terus memacu organisasi ini ke arah pencapaian yang lebih tinggi, selaras dengan matlamat nasional untuk memperkukuh sistem pengangkutan awam negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast