Keadaan pangsapuri yang terbakar di Changjeon-dong, Mapo-gu. foto Yonhap News

SEOUL – Dua beranak terbunuh dan 13 lagi cedera pada Ahad dalam kebakaran pangsapuri Korea Selatan, menurut agensi berita Yonhap.

Kebakaran berlaku di bangunan pangsapuri 20 tingkat di Seoul pada kira-kira 8.10 pagi waktu tempatan (2310 GMT Sabtu).

Seorang lelaki berusia 20-an maut di tempat kejadian, manakala ibunya berusia 60-an dibawa ke hospital selepas menerima bantuan pernafasan kardiopulmonari (CPR) tetapi dilaporkan meninggal dunia.

Seorang cedera parah dan 12 lagi cedera ringan.

Media itu melaporkan seramai 89 penduduk yang tinggal di apartmen itu sudah dipindahkan.

Kebakaran bermula dari sebuah rumah di tingkat 14.

Malangnya, perumahan itu tiada alat pemadam api.

Pihak berkuasa sedang menyiasat punca sebenar kemalangan itu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast