PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

TAMPIN – Seorang guru besar sekolah jenis kebangsaan Cina di Gemencheh meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di pejabatnya hari ini.

Ketua Polis Daerah Tampin, Supt Amiruddien Sariman berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada 11.25 pagi dan difahamkan mangsa berehat di biliknya kerana kurang sihat.

“Siasatan awal mendapati wanita berusia 44 tahun itu telah menghadiri Program Hari Usahawan di sekolah.

“Pada 9 pagi, rakan mangsa mendapati wanita itu tidak sedarkan diri dan membawanya ke Klinik Kesihatan Gemencheh sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor bertugas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Amiruddien berkata mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tampin untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast