Anwar Ibrahim semasa pertemuan bersama Hajiji Noor dan Ahmad Zahid Hamid di Putrajaya. Foto: Pejabat Perdana Menteri.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

Presiden PKR itu berkata, pertemuan tersebut berlangsung dalam suasana harmoni dan penuh semangat kebersamaan.

“Pertemuan ini mencerminkan kematangan politik serta iltizam untuk memperkukuh kerjasama demi kestabilan negara, khususnya dalam konteks hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri Sabah,” katanya menerusi hantaran Facebook, hari ini.

Menurut Anwar, beliau percaya bahawa kestabilan politik adalah asas penting dalam menjayakan agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

Justeru, tambah beliau, kerjasama erat antara pemimpin negeri dan persekutuan amat penting dalam memastikan aspirasi rakyat dapat direalisasikan secara menyeluruh dan inklusif.

Beliau berharap semangat muafakat ini akan terus menjadi asas kepada perpaduan nasional yang lebih kukuh, demi masa depan Malaysia yang progresif, adil dan sejahtera untuk semua. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast