Seorang penunggang motosikal maut ketika dalam perjalanan menuju ke sebuah kilang di Seksyen 26, Shah Alam dari arah Puncak Alam.

SHAH ALAM – Seorang juruteknik maut apabila motosikal ditunggang terbabas di Persiaran Mokhtar Dahari, hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, kejadian berlaku kira-kira jam 7.20 pagi tadi semasa mangsa, 32, yang menunggang motosikal Honda Wave menuju ke sebuah kilang di Seksyen 26, Shah Alam dari arah Puncak Alam.

Motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ketika melalui kawasan berpasir di bahu kiri jalan, katanya menerusi kenyataan.

Ujarnya, mangsa yang tercampak ke kawasan berumput di bahu jalan dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mohd Iqbal berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai atau saksi bebas yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Najib Abdul Rahman di talian 019-7757354,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast