Jadon Sancho. Foto Eurosports.

LONDON – Penyerang sayap Manchester United, Jadon Sancho mengesahkan dia  menolak untuk menyertai AS Roma walaupun kelab itu sudah bersedia melepaskannya.

Sancho mahu mempertimbangkan tawaran daripada kelab lain dan kelab Serie A itu kini akan beralih kepada pilihan yang berbeza termasuk memuktamadkan perpindahan Leon Bailey.

“Manchester United berharap akan ada tawaran serupa sekitar £20 juta, kerana mereka sudah bersedia untuk melepaskan Sancho, dan pemain itu juga minta untuk dilepaskan (dengan kelab dan tawaran yang lebih baik),” laporan TalkSport.

Sementara itu, Besiktas telah menghubungi dua minggu lalu untuk bertanyakan syarat perjanjian tetapi Sancho turut menolak tawaran itu, tiada lagi kontak baharu dibuat.

Besiktas masih bersedia untuk memenuhi harga yang diminta  United, namun Sancho tidak mahu berpindah ke Turki pada masa ini.

Ia hanya boleh menjadi pilihan kedua dengan jendela perpindahan Turki akan ditutup pada 12 September depan.

Sebelum ini, Sancho pernah membuat pinjaman semusim ke Chelsea dan Borussia Dortmund, tetapi gagal ke tahap konsisten, biarpun mencatat lima gol dan 10 bantuan gol untuk ‘The Blues’ dalam 41 penampilan musim lalu.

Dia kini berada dalam ketiadaan tempat di skuad utama United di bawah pengendalian Ruben Amorim sekaligus memerlukan langkah segera untuk menyelamatkan kariernya sebelum kontrak tamat pada 2026.

Beberapa kelab seperti Juventus dan Fenerbahce sebelum ini turut disebut berminat, namun struktur gaji dan bayaran perpindahan masih menjadi penghalang besar bagi perpindahan kepada kelab Itali atau Turki.

Sancho terkenal pernah menjulang hampir 137 penampilan dan merakam 53 gol bersama Dortmund sebelum ke United pada umur 21 tahun.

Pemain ini kekal dikenang sebagai salah satu pemain sayap berbakat yang diamalkan gol dan bantuan gol konsisten semasa di Jerman. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast