Obor-obor kotak

KOTA KINABALU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun meninggal dunia akibat disengat obor-obor kotak (box jellyfish).

Mangsa dikatakan rebah sebaik keluar dari air di Pantai Sawangan, Kuala Penyu.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Superintendan Wong Leong Ming berkata, satu kertas siasatan sudah dibuka.

“Bedah siasat dijalankan dari jam 11.30 pagi hingga 1 tengah hari ini di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth.

“Hasil pemeriksaan oleh doktor mendapati punca kematian adalah ‘envenomasi ubur-ubur’ iaitu keracunan akibat sengatan ubur-ubur,” katanya lapor New Straits Times.

Untuk rekod, obor- obor kotak adalah salah satu haiwan laut berbisa yang boleh menyebabkan bahaya serius kepada manusia kerana mempunyai racun yang kuat boleh membahayakan kulit manusia.

Menurut Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Nasional (NOAA) Amerika Syarikat (AS), gigitan haiwan yang dikenali sebagai box jelly fish (obor-obor kotak) kerana bentuk badannya berkotak itu boleh menyebabkan individu menjadi lumpuh, mengalami serangan jantung dan bahkan kematian beberapa minit selepas disengat.

-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast