Dua lelaki nyaris rentung selepas kereta dinaiki terbakar dalam kemalangan di Jalan Tun Abdul Razak, Lebuh Ayer Keroh, Melaka malam tadi.

MELAKA – Dua lelaki nyaris rentung selepas kereta dinaiki terbakar dalam kemalangan di Jalan Tun Abdul Razak, Lebuh Ayer Keroh, di sini malam tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil, Pegawai Bomba Kanan II Ibrahim Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.37 malam sebelum enam anggota dan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi.

Keadaan kereta yang terbakar selepas terlibat dalam kemalangan di di Jalan Tun Abdul Razak, Lebuh Ayer Keroh, Melaka malam tadi.

“Sebaik tiba, didapati sebuah kereta jenis Proton Persona terbakar di bahagian enjin dan pasukan bomba berjaya mengeluarkan dua mangsa lelaki masing-masing berusia 21 tahun yang cedera.

“Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada kemalangan jalan raya dan api berjaya dikawal pada jam 11.52 malam sebelum operasi ditamatkan pada jam 12.12 tengah malam,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada pasukan perubatan untuk rawatan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast