Gambar hiasan

BANGKOK – Gegaran dari gempa bumi berukuran 5.4 magnitud di pantai selatan Myanmar pagi tadi dirasai di beberapa bahagian di Bangkok.

Bahagian Pemerhatian Gempa Bumi berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada jam 9.58 pagi pada kedalaman kira-kira 10 kilometer di luar pantai selatan Myanmar.

Gegaran itu berlaku sekitar 211 kilometer barat daya daerah Mae Sot di wilayah Tak.

Walaupun tiada kerosakan atau impak dilaporkan di Thailand setakat ini, penduduk di beberapa kawasan di Bangkok berkata mereka merasakan gegaran itu.

Di daerah Din Daeng, letaknya Kementerian Tenaga Kerja, gegaran cukup kuat menyebabkan orang ramai di dalam bangunan itu bergegas keluar.

Pada sekitar 9.58 pagi, di Khlong Toei Nuea, daerah Watthana, gegaran ringan berlarutan kira-kira 10 saat.

Di Jalan Banthat Thong di daerah Ratchathewi, pekerja pejabat berkata, mereka merasakan bangunan itu bergoyang.

Di daerah Mueang di Nonthaburi, penduduk di tingkat sembilan sebuah bangunan tinggi di kawasan Khae Rai pula melaporkan bangunan itu bergoyang dan penghuni berasa pening.

Di Si Lom, daerah Bang Rak, orang ramai berkata, mereka berasa pening dan menyedari kedua-dua bangunan dan barangan rumah bergegar, walaupun hanya seketika.

Manakala di Sam Sen Nai, daerah Phaya Thai, penduduk di tingkat 11 sebuah bangunan tinggi melaporkan gegaran dan lampu siling berayun dan penghuni tingkat12 kondominium di daerah Khlong Toei air dalam bekas bergelombang sedikit.

Di Khlong Ton Sai, daerah Khlong San, penduduk kondominium di tingkat 18 melaporkan lampu dapur bergoyang. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast