KUALA LUMPUR – Produktiviti buruh per jam bekerja bertumbuh 3.4 peratus pada suku tahun kedua 2025, mencatatkan RM43.2 setiap jam.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus pada suku tahun kedua 2025, mengekalkan kadar pertumbuhan sama yang dicatatkan pada suku sebelumnya, manakala jumlah jam bekerja meningkat sebanyak 1.0 peratus kepada 9.7 bilion jam (ST1 2025: 2.1%; 9.7bilion jam).

Produktiviti buruh per pekerja meningkat 2.8 peratus pada suku tahun kedua 2025, dengan nilai ditambah per pekerja mencecah RM24,887 seorang (ST1 2025: 2.5%; RM24,866 seorang), disokong oleh peningkatan 1.6 peratus jumlah pekerja kepada 16.8 juta orang (ST1 2025: 1.8%; 16.7 juta orang).

Beliau menambah, prestasi sektoral bagi produktiviti buruhyang dinyatakan sebagai nilai ditambah per jam bekerja pada suku ini didorong oleh pertumbuhan dalam sektor pembinaan, yang terus meningkat pada 9.3 peratus (ST1 2025: 11.3%).

Diikuti oleh sektor pembuatan pada 3.7 peratus (ST1 2025: 3.8%), sektor perkhidmatan pada 3.6peratus (ST1 2025: 2.0%)dan sektor pertanian pada 3.5 peratus (ST1 2025: 0.4%), manakala sektor perlombongan dan pengkuarian terus menguncup pada negatif 4.6peratus (ST1 2025: -0.9%).

”Pertumbuhan dalam produktiviti buruh per jam bekerja untuk sektor perkhidmatan pada ST2 2025 disebabkan oleh peningkatan bagi kebanyakan subsektornya termasuk hartanah dan perkhidmatan perniagaan (9.1%), pengangkutan dan penyimpanan (7.1%), perkhidmatan lain (6.7%), perdagangan borong dan runcit (3.5%), maklumat dan komunikasi (3.3%), makanan & minuman dan penginapan (2.3%) dan kewangan dan insurans (0.6%), kecuali utiliti yang merosot pada negative 0.4 peratus.

Pada suku ini, sektor pembuatan menunjukkan variasi pertumbuhan dalam produktiviti buruh per jam bekerja bagi kebanyakan subsektornya, termasuk minyak dan lemak daripada sayuran & haiwan dan prosesan makanan (13.9%), produk petroleum, kimia, getah dan plastik (5.4%), produk elektrik, elektronik dan optikal (5.1%), produk kayu, perabot, keluaran kertas dan percetakan (1.4%) dan produk mineral bukan logam, logam asas dan produk logam yang direka (0.3%).

Bagaimanapun, pertumbuhan negatif dicatatkan oleh produk tekstil, pakaian dan kulit (-2.2%), peralatan pengangkutan, pembuatan lain dan pembaikan (-1.9%)dan minuman dan produk tembakau (-0.3%).

Dalam konteks prestasi sektoral bagi produktiviti buruh yang diukur sebagai nilai ditambah per pekerja, sektor pembinaan memacu prestasi keseluruhan dengan peningkatan berterusan sebanyak 11.0peratus (ST1 2025: 13.2%) dicatat pada suku ini, diikuti oleh sektor perkhidmatan pada 2.9peratus (ST1 2025: 2.4%), sektor pembuatan pada 2.8 peratus (ST1 2025: 3.2%) dan sektor pertanian pada 2.3 peratus (ST1 2025: 0.6%), manakala sektor perlombongan dan pengkuarian merosot pada negatif 5.8 peratus (ST1 2025: -3.2%).

Prestasi produktiviti buruh per pekerja bagi sektor perkhidmatan pada suku tahun kedua 2025 disumbangkan oleh pertumbuhan dalam kesemua subsektornya, kecuali utiliti yang merosot pada negatif 1.9 peratus.

Hartanah dan perkhidmatan perniagaan memacu prestasi keseluruhan dengan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 6.8 peratus, diikuti pengangkutan dan penyimpanan (6.6%), makanan & minuman dan penginapan (5.3%), perkhidmatan lain (4.3%), perdagangan borong dan runcit (2.3%), kewangan dan insurans (1.2%) dan maklumat dan komunikasi (0.8%).

Sementara itu, produktiviti buruh per pekerja bagi sektor pembuatan berkembang pada suku ini, didorong oleh pertumbuhan dalam kebanyakan subsektor.

Peningkatan ketara direkodkan bagi minyak dan lemak daripada sayuran & haiwan dan prosesan makanan (9.5%), produk elektrik, elektronik dan optikal (6.1%), produk mineral bukan logam, logam asas dan produk logam yang direka (2.4%), produk kayu, perabot, keluaran kertas dan percetakan (1.7%), minuman dan produk tembakau (1.2%) dan produk petroleum, kimia, getah dan plastik (0.04%).

Sebaliknya, dua subsektor merosot iaitu peralatan pengangkutan, pembuatan lain dan pembaikan (-2.6%) dan produk tekstil, pakaian dan kulit (-0.4%). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast