LONDON – Britain dan Perancis merupakan antara 21 buah negara yang menandatangani kenyataan bersama yang menyifatkan kelulusan Israel untuk melaksanakan projek penempatan di Tebing Barat sebagai ‘tidak boleh diterima dan mencabul undang-undang antarabangsa’.
Semalam Israel meluluskan rancangan yang membabitkan kawasan seluas 12 kilometer persegi dikenali E1, timur Baitulmaqdis.
“Kami mengutuk keputusan ini dan meminta ia (kuputusan) diterbalikkan,” menurut kenyataan kementerian luar negara terbabit termasuk Australia, Kanada dan Itali.
Belgium, Denmark, Estonia, Finland, Iceland, Ireland, Jepun, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Belanda, Norway, Portugal, Slovenia, Sepanyol dan Sweden turut menandatangai kenyataan tersebut selain Ketua Hal Ehwal Luar Suruhanjaya Eropah.
Kenyataan tersebut menyatakan bahawa Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich berkata, rancangan itu ‘akan menjadikan penyelesaian penubuhan dua buah negara mustahil dilaksanakan dengan memisahkan sebarang negara Palestin dan menghadkan akses warga Palestin ke Baitulmaqdis’.
“Ini tidak memberi manfaat kepada orang Israel.
“Malah, ia mendatangkan risiko keselamatan menjadi lemah dan seterusnya mencetus keganasan dan ketidakstabilan, menjauhkan kami daripada keamanan.
“Kerajaan Israel masih ada peluang untuk menghentikan rancangan E1 daripada terus dilaksanakan. Kami mengalu-alukan mereka menarik balik rancangan itu dengan segera,” kata ketua-ketua luar negara terbabit.
Rancangan tersebut melibatkan pembinaan kira-kira 3,400 buah rumah di atas tanah yang terlalu sensitif yang terletak antara Baitulmaqdis dan penempatan Israel, Maale Adumim.
Kesemua penempatan Israel di tebing Barat dilakukan menerusi pencerobohan sejak 1967 da ia adalah haram di bawah undang-undang antarabangsa, tanpa mengira sama ada ia memperolehi kebenaran perancangan daripada Israel.
Pihak Berluasa Palestin (PA) yang berpengkalan di Ramallah mengutuk langkah terbaharu itu, yang mana ia juga dikritik Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres dan agensi PBB untuk pelarian Palestin, Philippe Lazzarini.
Projek itu akan ‘memutuskan sepenuhnya utara dan tengah Tebing Barat dari selatan Tebing Barat, bermakna tidak terdapat lagi sambungan sebarang wilayah’, kata Lazzarini.
Beliau berkata, Israel mengambil keputusan untuk mewujudkan dua buah negara adalah terlalu mustahil untuk dilaksanakan.
Semalam, Britain memanggil Duta Israel ke United Kingdom, Tzipi Hotovely ke kementerian Luar sebagai bantahan terhadap keputusan berkenaan.
“Jika dilaksanakan, rancangan penempatan ini akan mencabul undang-undang antarabangsa dan mungkin memisahkan dua negara Palestin pada masa depan, membinasakan secara perlahanlahan penyelesaian dua buah negara,” menurut kenyataan kementerian luar itu. – AFP
















