Erra Fazira dan anak kesayangannya, Engku Aleesya Engku Emran.

KUALA LUMPUR – Primadona filem, Erra Fazira meluahkan rasa syukur apabila anak gadis kesayangannya, Engku Aleesya Engku Emran melakar kejayaan cemerlang dengan memperoleh 7A dalam peperiksaan International General Certificate of Secondary Education atau IGCSE, baru-baru ini.

Aleesya mendapat A dalam subjek First English Language, Matematik, Fizik, Biologi, Sosiologi, Bahasa Malaysia dan Psikologi.

Berita gembira itu dikongsikan Erra menerusi hantaran video di Instagram disertakan ucapan ringkas namun sarat makna.

“Alhamdulillah, syukur. Antara detik paling bermakna dalam hidup saya. Saya hanya mahu katakan, saya bangga dengan kamu, anak!

“Terima kasih kepada semua guru yang membantu kejayaan anak saya dengan cemerlang. Juga terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang tidak putus mendoakan Aleesya sepanjang menghadapi peperiksaan ini,” tulis Erra.

IGCSE ialah kelayakan peperiksaan berasaskan bahasa Inggeris untuk pelajar menengah yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan setaraf dengan GCSE di United Kingdom atau Sijil Pelajaran Malaysia di Malaysia.

Ia ditawarkan dalam pelbagai subjek dan ia boleh menjadi langkah persediaan untuk pendidikan tinggi atau profesional di seluruh dunia.

Calon biasanya menamatkan pengajian pada usia 14 hingga 16 tahun dan mendapat sijil untuk setiap subjek yang diambii.

Erra, 51, menambah, , kejayaan Aleesya bukan sekadar terletak pada keputusan peperiksaan, tetapi pada sikap rajin, disiplin dan ketabahan anaknya menempuh perjalanan ilmu.

“Saya sangat tekejut. Terima kasih kepada semua guru yang mengajar saya termasuk Cikgu Ariff yang banyak membantu dalam subjek Fizik,” ucapnya sambil tersenyum.

Lebih bermakna, kejayaan Aleesya membuka lembaran baharu buatnya untuk melangkah ke peringkat lebih mencabar iaitu A-Level, sebelum meneruskan langkah ke menara gading. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast