Logo Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR – Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$122 bilion pada 15 Ogos 2025, berbanding AS$121.3 bilion yang direkodkan pada 31 Julai 2025.

Bank pusat dalam kenyataan hari ini berkata, kedudukan rizab itu memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab ialah rizab mata wang asing (AS$108.4 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.9 bilion), emas (US$4.1 bilion) dan aset rizab lain (US$2.3 bilion).

Jumlah aset sebanyak RM605.67 bilion, meliputi emas dan pertukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR (RM515.65 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.61 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM2.78 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM27.48 bilion), tanah dan bangunan (RM4.57 bilion), dan aset lain (RM41.55 bilion).

BNM berkata modal dan liabiliti berjumlah RM605.67 bilion, meliputi modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM194.59 bilion), mata wang dalam edaran (RM172.21 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM116.90 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM5.16 bilion), deposit-deposit lain (RM75.34 bilion), kertas Bank Negara (RM10.10 bilion), peruntukan SDR (RM27.77 bilion), dan liabiliti-liabiliti lain (RM3.47 bilion). -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast