KUANTAN – Polis memohon bantuan orang ramai mengesan Nurliyana Nasuha Muhammad Nasir, 15 yang dilaporkan hilang sejak 18 Ogos lepas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut, Mohd Azahari Mukhtar berkata, pihaknya menerima laporan dibuat bapa remaja itu pada pukul 2.03 pagi semalam.
“Lokasi terakhir dia (Nurliyana) dilihat adalah di rumahnya di Lorong 8, 9795 Taman Ria, Jerantut.
“Nurliyana yang berkulit cerah mempunyai fizikal saiz sederhana dengan ketinggian 168 sentimeter dan berat 58 kilogram,” katanya dalam kenyataan.
Remaja itu dilaporkan memakai baju lengan panjang warna hitam, seluar panjang bercorak petak warna coklat gelap serta bertudung warna kelabu ketika terakhir dilihat.
Orang ramai mempunyai sebarang maklumat mengenai remaja itu diminta tampil ke balai polis berdekatan. – MalaysiaGazette
















