Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan kepada penerima selepas Majlis Serahan Sumbangan Murid Cemerlang dan Pendidikan Pelajar di Dewan Terbuka Jalan Merbuk, Bandar Putra, Kulai hari ini.

KULAI – Kementerian Komunikasi tidak menerima sebarang aduan berhubung gangguan telekomunikasi susulan gempa bumi lemah yang berlaku di dua daerah di Johor, hari ini.

Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching berkata, namun pihaknya akan terus memantau situasi tersebut bagi memastikan kawasan dilaporkan terjejas akibat bencana itu terus mendapat perkhidmatan telekomunikasi yang lancar.

“Sekarang ini, kita belum terima sebarang aduan berhubung gangguan telekomunikasi di Segamat dan Kluang. Kita akan terus pantau,” katanya mengulas mengenai aduan gangguan telekomunikasi di Segamat dan Kluang selepas gempa bumi lemah, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui ditemui selepas Majlis Serahan Sumbangan Murid Cemerlang dan Pendidikan Pelajar di Dewan Terbuka Jalan Merbuk, Bandar Putra di sini hari ini.

Terdahulu, gegaran gempa bumi lemah bermagnitud 4.1 dilaporkan berlaku di Segamat pada pukul 6.13 pagi tadi, manakala gegaran gempa bumi lemah kedua bermagnitud 2.8 direkodkan berlaku di Kluang pada pukul 9 pagi.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast