Amira Othman.

KUALA LUMPUR – Penyanyi juga pelakon Amira Othman mencuri perhatian netizen apabila video terbaharunya yang mengayakan busana pengantin turut memaparkan penyangkut baju atau ‘hanger’ tertera abjad A dan F.

Video yang tertera abjad A dan F pada penyangkut baju itu dimuat naik oleh pengasas jenama HijabistaHub, Wanie Elena sekaligus menguatkan lagi khabar angin kononnya Amira bakal berkahwin tidak lama lagi.

Ramai peminat yang menyangka video tersebut adalah untuk rakaman pra-perkahwinannya biarpun video berkenaan dikatakan hanyalah gimik untuk video muzik lagu terbaharu Amira atau nama lengkapnya Nadia Amira Othman.

kini turut tersebar khabar angin bahawa Amira dan Fattah didakwa bakal melangsungkan perkahwinan pada Oktober ini.

Sebelum ini, wanita berusia 31 tahun itu sering  dikaitkan menjalinkan hubungan dengan duda terhangat, Fattah Amin biarpun sering menyatakan mereka sekadar teman sekerja selain hubungan masing-masing dengan keluarga kedua-dua belah pihak makin akrab.

Malah kini turut tersebar khabar angin bahawa Amira dan Fattah didakwa bakal melangsungkan perkahwinan pada Oktober ini, namun ada peminat menebak mereka memilih hari jadi aktor itu pada 14 September sebagai momen diijabkabul.  – MalaysiaGazette

Busana pengantin turut memaparkan penyangkut baju atau ‘hanger’ tertera abjad A dan F.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast