Gianluigi Donnarumma. Foto Sky Sports.

LONDON – Penjaga gol Paris Saint-Germain (PSG), Gianluigi Donnarumma semakin hampir menjadi milik Manchester City selepas dilaporkan sudah bersetuju dengan terma peribadi bersama dengan kelab itu.

Bintang Itali berusia 26 tahun itu dianggap antara penjaga gol terbaik dunia tetapi kini disisihkan daripada pasukan utama PSG.

Menurut wartawan pakar perpindahan Fabrizio Romano, penjaga gol itu kini selangkah lebih dekat untuk berpindah ke Liga Perdana Inggeris selepas bersetuju menyertai City.

Donnarumma juga seakan mengesahkan perpindahan yang akan berlaku apabila dilihat mengucapkan selamat tinggal penuh emosi kepada penyokong ultras PSG di Parc des Princes, Jumaat lalu.

Sementara itu, perpindahan Donnarumma ke Etihad turut bergantung kepada masa depan Ederson yang kini menarik minat Galatasaray.

Di tengah-tengah spekulasi mengenai statusnya, penjaga gol Brazil itu diletakkan di bangku simpanan ketika kekalahan 0-2 di tangan Tottenham kelmarin.

Pemain baharu musim panas ini, James Trafford diturunkan dalam kesebelasan utama seakan mengesahkan kedudukannya sebagai penjaga gol nombor satu mengatasi Ederson. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast