Touch n Go, TNG, eWallet
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – TNG Digital Sdn Bhd meningkatkan ciri imbasan kod respons pantas (QR) TNG eWallet melebihi sekadar alat pembayaran.

Katanya, pengguna aplikasi itu kini boleh menggunakan QR untuk mengimbas menu, borang, tiket dan kod QR bukan pembayaran lain secara terus dalam TNG eWallet.

Ini sekali gus menghapuskan keperluan untuk memuat naik aplikasi pengimbas QR berasingan serta menjadikan tugasan harian lebih pantas dan mudah.

“Keupayaan QR yang diperluas ini melengkapi rangkaian luas perkhidmatan kewangan dan gaya hidup TNG eWallet, termasuk e-dagang, pembayaran bil, pelaburan, insurans dan kiriman wang antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital, Alan Ni berkata, TNG eWallet bukan sahaja memudahkan pembayaran, malah menjadikan kehidupan harian lebih terhubung dan praktikal dengan membolehkan pengguna mengimbas sebarang kod QR pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Pendekatan serba lengkap itu walaupun dilihat satu langkah kecil namun memberi kesan yang besar yang turut mengukuhkan peranan aplikasi itu sebagai rakan digital dipercayai untuk rakyat Malaysia. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast