Aksi Baby Shima bersama model-model mat salih dalam muzik video (MV) lagu Island Boi ciptaan Ezra Kong.

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Baby Shima mengakui dia kini bimbang apabila terdapat peminat lelaki misteri yang terlalu obses terhadap dirinya sehingga mengugut mahu bunuh diri dengan meminum racun.

Bukan itu sahaja, lelaki itu turut menghantar mesej berbaur lucah ke akaun Instagramnya (IG) dan mendakwa dirinya cemburu melihat aksi Baby Shima bersama model-model mat salih dalam muzik video (MV) lagu Island Boi ciptaan Ezra Kong.

Dia berkata, biarpun bukan kali pertama menerima mesej yang pelik itu dan selalunya menganggap hanya usikan atau gurauan peminat.

“Namun peminat kali ini agak merisaukan saya. Betul. Sebenarnya dia dah banyak kali mesej di Instagram (IG) saya, tapi apabila dia cakap mahu bunuh diri dan minum racun, saya jadi takut.

“Bukan itu sahaja, caranya yang terlalu obses terhadap saya dan meluahkan perasaan sayangnya, saya berasakan dia seorang yang gila seks dan psiko.

“Saya tidak tahu apa yang dia bayangkan apabila tengok saya dalam MV Island Boi sampai terlalu obses,” katanya di media sosial miliknya di sini.

Pada masa sama, Shima juga akui terdapat komen-komen yang kurang menyenangkan apabila ada pihak yang menyalahkan dirinya.

Kata wanita berusia 32 tahun itu, aksi Shima dalam MV itu yang mendorong lelaki tersebut jadi gila seks.

Baby Shima sering menjadi kontroversi.

“Tuduhan itu berat kerana bagi saya, seseorang itu jadi gila seks bukanlah terjadi dalam waktu yang singkat.

“Ramai juga lelaki lain yang tonton MV itu, tetapi tidak ada pun yang terlalu obses dan hanya disebabkan rasa cemburu dia, saya nak kena ‘korbankan’ lagu ini.

“Bukan bajet kecil untuk MV ini dan lagu pun aksi manja saya hanya untuk MV Island Boi, bukannya betul-betul pun dan hanya lakonan semata-mata,“ katanya,” ujarnya.

Sementara itu, menurut doktor yang juga penceramah kesihatan, Dr Afif Mohd Ridzwan, ketagihan seks dalam kalangan netizen memang wujud.

Menurutnya, ketagihan seks ini adalah hiperseksual atau sex maniac yang termasuk dalam kategori penyakit mental jika tidak terkawal dan menjejaskan kehidupan.

“Dari sudut pandangan saya sebagai seorang doktor, jangan salahkan Baby Shima jika ada lelaki gila seks ‘serang’ dia. Lelaki seperti ini boleh ‘serang’ sesiapa sahaja tak kira artis atau bukan.

“Ini kerana sifat ketagihan terhadap seks dalam diri seseorang itu berlaku bukan dalam masa yang singkat dan banyak faktor lain yang menjadi punca,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast